Sunday, August 21

Bad Customers, Unwise Step


Ketika saya menulis ini, saya baru sahaja menghantar US 105.00 ~ lebih kurang RM 300++ kepada salah seorang Bad Customers.

Assalamualaikum dan Salam sejahtera,

Baru-baru ini saya berjaya menjual produk saya kepada seorang pembeli di Australia. Harga produk lebih kurang US 210, dan saya mendapat untung sebanyak US 90. Beberapa hari kemudian, seller itu telah menghantar email kepada saya bahawa produk tersebut rosak dan mengalami kecacatan. Berdasarkan gambar yang diberikan, nyata sekali kerosakan yang beliau claim adalah hanya sedikit calar-balar.

Ya, sebagai seorang seller yang berhemah, saya telah membalas email beliau dengan segara dan menawarkan akan mengembalikan 1/3 daripada harga produk tersebut. Walaubagaimanapun, beliau berdegil. Beliau bertegas inginkan produk yang baru dan meminta saya menghantarkannya menggunakan Fed Ex yang mana penghantaran adalah 24 hours. Setelah beberapa kali berfikir, saya mengalah. Akaun eBay yang saya gunakan itu hanya mempunyai feedback '7' dan Paypal yang saya gunakan untuk akaun eBay tersebut adalah akaun utama saya (saya hanya mempunyai satu akaun Paypal utama yang digunakan untuk transfer wang ke akaun bank tempatan).

Setelah beberapa hari, beliau sekali lagi membuat tuntutan bahawa item kedua yang saya hantar masih rosak dengan menghantar beberapa gambar kerosakan tersebut tetapi di bahagian yang lain. Kali ini tuntutannya ialah US 105.00, separuh dari harga asal produk! Kalau nak diikutkan, saya telah kerugian 2 kali produk dan beliau masih menuntut US 105.00. Kira-kira RM 300 ++. 

Nak katakan bebal, mungkin juga kerana saya terus menghantar payment sebanyak US 105.00 tersebut!

Apa yang cuba saya ceritakan ialah, kita kadang-kadang terjerat dengan penipuan di eBay ini. Penipuan yang berlarutan, namun kita tak menyedairnya. Saya kerugian lebih RM 1000 (termasuk harga produk) untuk seorang customers ini. Dengan feedback yang rendah, penipu-penipu ini dengan mudah mengugut untuk meninggalkan -ve feedback dan membuka dispute di Paypal. Siapa tak kecut perut dengan ugutan sebegitu. Dengan feedback sebanyak '7' ketika itu, SATU -ve feedback pada akaun akan menengelam percentage bagi akaun ini. 

Harap perkara ini menjadi tauladan kepada para eBayer sekalian ~

No comments:

Post a Comment